Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kos ujian peluru berpandu cecah AS$650 juta

    SEOUL, 9 JUN – Korea Utara telah membelanjakan sekitar AS$650 juta dalam ujian peluru berpandu tahun ini – mencukupi untuk membayar vaksinasi COVID bagi seluruh penduduk negara miskin itu, kata pemikir di Seoul hari ini.

    Pyongyang telah melancarkan 18 ujian pecah rekod tahun ini dan terus melancarkan peluru berpandu walaupun selepas mengesahkan jangkitan COVID pertamanya pada Mei, dengan lebih empat juta kes telah dilaporkan yang pihak berkuasa anggapnya sebagai ‘demam’.

    Rejim Kim Jong Un membelanjakan sekitar AS$400 hingga AS$650 juta untuk membangunkan dan menguji 33 peluru berpandu yang ditembakkannya tahun ini, menurut satu laporan daripada Institut Korea bagi Analisis Pertahanan.

    Menurut laporan itu, wang tersebut boleh digunakan untuk membantu kekurangan makanan atau pemberian vaksinasi kepada semua warganya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...