Koscielny bakal kembali

LONDON, 6 Dis – Arsenal mungkin menerima rangsangan baik dengan kembalinya kapten kelab, Laurent Koscielny ketika tempoh sibuk selepas tujuh bulan diketepikan disebabkan kecederaan buku lali.

Koscielny terlepas kemenangan Piala Dunia bersama Perancis di Rusia dan masih belum beraksi untuk bos baharu Arsenal, Unai Emery.

Pemain pertahanan berusia 33 tahun itu berjalan tempang ketika perlawanan Piala Checkatrade di Portsmouth baru-baru ini, namun jurulatih bawah 23 tahun Arsenal, Freddie Ljungberg mengesahkan bahawa ia hanyalah kekejangan.

Koscielny berkemungkinan dalam penilaian bagi tersenarai bagi perlawanan menentang Huddersfield dalam saingan Liga Perdana hujung minggu ini.

“Laurent Koscielny meneruskan pemulihannya Selasa lalu dengan penampilan bersama pasukan bawah 21 tahun Arsenal bagi Piala Checkatrade di Portsmouth,” menurut kenyataan dari Arsenal.

“Kami tewas 2-1, tetapi Laurent melengkapkan 85 minit perlawanan dan mengharungi perlawanan tanpa masalah.

“Laurent, yang bermain selama 45 minit bersama pasukan bawah 23 tahun di Derby minggu lepas, tidak terlibat dalam perlawanan menentang Manchester United hari ini.

“Dia akan dinilai menjelang perlawanan LIga Perdana menentang Huddersfield hujung minggu ini.” – AFP