Kota kubu Maghribi harap dapat pikat peminat ‘GOT’

AIT-BEN-HADDOU, MAGHRIBI – Berjuta-juta orang di seluruh dunia mungkin telah melihat kubu padang pasir dalam filem fantasi ‘Game of Thrones’ (GOT), tetapi tidak ramai yang tahu mereka boleh melawat kampung Maghribi Ait-Ben-Haddou.

Petempatan lama yang terletak di kaki gunung Atlas memukau penonton dalam siri rancangan HBO dan juga berfungsi sebagai latar dalam filem epik arahan Ridley Scott, ‘Gladiator’.

Namun tidak seperti lokasi lain yang terkenal berdasarkan sejarah filem dan televisyen, Tapak Warisan Dunia UNESCO ini setakat ini telah terlepas pemasukan pelancong beramai-ramai – sesuatu yang ingin diubah oleh beberapa penduduknya.

“Beberapa orang telah memberitahu saya mereka datang ke sini untuk melihat lokasi penggambaran GOT” kata Ahmed Baabouz, seorang pemandu pelancong tempatan.

“Terdapat pelancongan yang dikaitkan dengan pawagam di sini tetapi secara terus-terang kami belum membangunkannya.”

Gambar yang diambil pada 27 Januari menunjukkan pemandangan kubu lama Kasbah Ait-Ben-Haddou, di mana siri televisyen ‘Game of Thrones’ difilemkan, di bandar Ouarzazate selatan Maghribi. – AFP
Seorang lelaki berjalan di kubu lama Kasbah Ait-Ben-Haddou di bandar Ouarzazate selatan Maghribi. – AFP

Ait-Ben-Haddou adalah kubu terkenal di selatan Maghribi. Masa nampaknya telah terhenti di tapak yang menghadap sebuah lembah kira-kira 30 kilometer dari bandar Ouarzazate itu.

Selepas melalui pintu yang tersergam indah, pelawat akan mengharungi lorong berselirat yang akhirnya membawa ke sebuah dataran awam di mana penghuni penempatan pernah berkumpul.

Terdapat sebuah masjid dan dua kubur – satu untuk penduduk Islam dan satu untuk penduduk Yahudi. Kebanyakan penghuni telah lama meninggalkan tempat itu, dengan beberapa buah rumah diubah menjadi gerai menjual kraf tangan.

Kubu itu adalah lokasi penggambaran yang ideal, terletak tidak jauh dari studio Ouarzazate, ‘tempat tumpuan’ pawagam Maghribi.

Baru-baru ini, babak atau adegan siri ‘GOT’ digambarkan di Ait-Ben-Haddou, dengan tapak diganti untuk Bandar Kuning Yunkai yang ditakluki oleh Daenerys Targaryen, watak utama dalam alam semesta ‘GOT’.

Hammadi, 61, adalah saksi kepada sejarah perfileman lokasi.

“Kesemua penerbitan berkenaan telah menyumbang kepada reputasi rantau ini,” kata beliau sambil tersenyum.

Hammadi sendiri telah muncul sebagai pelakon tambahan dalam beberapa filem. Dan seperti kebanyakan orang, beliau tinggal dalam rumah yang lebih moden di sebuah kampung di lembah, namun beliau masih pulang ke Ait-Ben-Haddou untuk mengalu-alu pelancong.

Di dinding pintu masuk ke rumah Hammadi sebelumnya, gambar menjadi bukti kepada projek yang telah diusahakannya.

Satu projek menunjukkan beliau berpakaian sebagai pelakon Rom bersama pengarah Ridley Scott di set penggambaran ‘Gladiator’.

“Kami mempunyai warisan penggambaran yang amat kaya yang diharapkan akan digunakan untuk menarik pelancong,” kata pemandu pelancong Baabouz, yan berusia 29 tahun.

Namun ‘tidak ada apa-apa yang menandakan ‘GOT’ digambarkan di sini,” tambah beliau.

Mengenai pantai Atlantik Maghribi, bandar Essaouira juga membentuk latar belakang kepada adegan daripada siri filem tersebut.

Namun di sana juga, promoter pelancongan Maghribi masih belum memanfaat sepenuhnya hubungan tersebut.

Secara perbandingan, Ireland Utara, Malta dan Dubrovnik di Croatia telah menarik ramai peminat dari seluruh dunia, tertarik dengan hubungan mereka dengan francais berkenaan.

Untuk mengatasinya, Baabouz dan orang muda lain di kampung sedang menggembleng sumber terhad mereka untuk menjayakan projek tersebut: sebuah muzium di kubu, mengumpul gambar daripada penerbitan yang telah difilemkan di sini.

Saluran AS HBO telah melancarkan drama awal kepada ‘GOT’, digelar ‘House of the Dragon’.

George R.R. Martin, penulis buku di mana siri filem berdasarkan, menulis di blog beliau bahawa penggambaran juga akan diadakan di Maghribi. – AFP