Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kota Ranger FC rampas takhta liga

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Kota Ranger FC merampas takhta Liga Super Brunei selepas kemenangan 2-0 ke atas IKLS MB-5 FC di Kompleks Sukan Berakas baru-baru ini.

    Penjaga gol Kota Ranger, Azman Ilham Haji Mohammad Noor mengekalkan rekod tanpa bolos kedua musim ini dengan pasukannya sekali lagi menang 2-0 di perlawanan pembukaan liga sebelum ini.

    Jerudong FC, yang telah membuat permulaan yang mengagumkan musim ini dengan kemenangan berturut-turut selepas kembali menyertai kejohanan itu, merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum dibolosi.

    Penjaga gol Jerudong FC, Arib bin Haji Omar berkongsi tempat bersama Azman Ilham untuk mengekalkan dan menikmati rekod tanpa bolos setakat ini.

    Penyerang bintang Kota Ranger, Adi bin Said meneruskan aksi yang cemerlang di depan gol setelah menjaringkan gol ketiga untuk kelabnya. Beliau juga sebelum ini telah menjaringkan hatrik di kejohanan Piala Amal.

    Kota Ranger telah membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi bintang mereka itu dan gol ketiga liga beliau musim ini sebelum Asyraffahmi Norsamri menjaringkan gol tiga minit sebelum wisel penamat.

    Sementara itu, dalam perlawanan yang berasingan di Kompleks Sukan Tutong, Tabuan memperoleh kemenangan pertama mereka musim ini selepas menewaskan Panchor Murai FC 2-1.

    Panchor Murai FC menjaringkan pendahuluan melalui Sharul bin Haji Sabtu menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol buat kelabnya di Liga Super Brunei dua minit sebelum waktu rehat.

    Walau bagaimanapun, Tabuan berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi Syaherrul Affendy bin Syahmirul Nizam pada minit ke-80 sebelum Mohd Irfan bin Roshidi menyempurnakan gol kemenangan dalam masa kecederaan.

    Pasukan Kota Ranger FC bergambar ramai sebelum perlawanan bermula.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda