Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kourtney Kardashian antara punca hubungan cinta Scott Disick dan Sofia Richie berakhir

    Hubungan cinta pasangan model, Scott Disick dan Sofia Richie dilaporkan sudah berakhir baru-baru ini selepas tiga tahun bercinta.

    Memetik laporan Hollywood-ife, Sofia gagal menyelamatkan hubungan mereka kerana Scott kembali berhadapan dengan masalah kemurungan.

    “Scott kembali berdepan dengan masalah kemurungan yang pernah dihadapinya sebelum ini dan Sofia tidak mampu nak bertahan lagi,” kata sumber terdekat.

    Malah menurut laporan media, salah satu punca perpisahan pasangan itu juga melibatkan bekas kekasih Scott iaitu personaliti terkenal, Kourtney Kardashian.

    Sebelum ini Scott pernah menjalani rawatan pemulihan untuk masalah kemurungannya selepas kematian ibu bapanya.

    Kourtney dikatakan menjadi salah satu punca Sofia dan Scott berpisah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda