Kovac lebih baik – Hoeness

BERLIN, 10 Ogos – Ujian pertama yang penting bagi Nico Kovac akan bermula apabila penyandang juara liga Bayern Munich berdepan dengan juara piala Eintracht Frankfurt dalam Liga Super Jerman 2018, hujung minggu ini.

Pengendali berusia 46 tahun itu, mendapat pujian besar daripada para pemimpin kelab, yang menyaksikan kehadirannya itu sebagai satu lonjakan yang baik.

Keindahan waktu malam di Bavaria telah menggalakkan Uli Hoeness untuk memberikan kata-kata pujian.

“Saya manusia paling gembira di dunia bersama Nico Kovac sebagai jurulatih Bayern. Kami akan berseronok bersamanya,” kata Presiden Bayern Munich semasa mengadakan perkelahan di tepi tasik Tegernsee berdekatan rumahnya.

“Kami mengetepikan kesemua cerdik pandai yang meminta kami berunding untuk melantik Thomas Tuchel atau jurulatih yang lain,” kata Hoeness.

Kovac ketika menjalani sesi latihan bersama skuadnya di Rottach-Egern, selatan Jerman pada 6 Ogos yang lalu. – AFP

Dia turut menyentuh mengenai kekalahan perlawanan piala musim akhir sebelum ini menentang Frankfurt sebagai ‘pengalaman paling pahit buat para peminat’ namun berkata ia telah membantu meningkatkan penerimaan dan reputasi jurulatih yang baharu. Ia agak instrumental ke atas apa yang berlaku sejak kemunculannya.

Kovac yang mempertahankan pendirian ideal kelab seperti sebuah keluarga bersama disiplin, cita-cita besar dan mentaliti ‘mia san mia’ yang bermaksud kami adalah kami. Menjuarai Piala ketika Kovac pertama kali memegang tugas sebagai jurulatih.

Cabaran Kovac kelihatan besar dalam cubaan untuk menjuarai Liga Juara-juara dan kejohanan liga Jerman akan datang, namun Bayern Munich telah dituduh kerana mengambil pilihan kedua terbaik sejurus pelantikan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Croatia dan bekas pemain tengah Bayern itu kelihatan memenuhi jangkaan bos-bos Bayern yang tidak merahsiakan pelan kelab berkenaan seperti yang mahu menewaskan kelab-kelab terkenal Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester City dan Juventus. – Xinhua