Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan

    LABUAN, 5 JUN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mematahkan percubaan sebuah sindiket kecil-kecilan untuk menyeludup sejumlah 575 liter petrol bernilai kira-kira RM1,180 dalam satu serbuan dekat sini.

    Ketua Pegawai Penguat-kuasa Negeri KPDN Labuan Amiluddin Malang berkata sepasukan anggota kementerian itu telah menyerbu sebuah jeti haram di pinggir bandar pada kira-kira 9 pagi dalam operasi yang digelar ‘Op Tiris.’

    Beliau berkata sindiket itu dipercayai bergiat aktif dalam tempoh agak lama.

    “Berdasarkan maklumat dan risikan yang dikumpul sejak seminggu lepas, kami berjaya mengesan pergerakan mereka.

    “Semasa serbuan, kami mendapati petrol bersubsidi telah dipindah ke tiga tong dram di atas sebuah lori dan siasatan awal menunjukkan mereka tidak memiliki permit untuk menjalankan operasi memindahkan barang kawalan seperti itu,” katanya.

    Amiluddin juga berkata pasukan itu telah menahan pemandu lori terbabit yang berusia 58 tahun untuk tindakan lanjut.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 21 dibaca bersama Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...