KOTA KINABALU, 9 Okt – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah merampas 4,563 pasang selipar dan kasut disyaki berjenama tiruan bernilai lebih RM30,000 dalam serbuan di dua buah premis di Penampang, dekat sini, Rabu lepas.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Negeri, Yahya Sujak berkata hasil serbuan itu, pihaknya merampas 3,650 pasangan selipar jenama Fipper serta 650 pasang selipar dan 263 kasut jenama Adidas.
“Dua premis besar ini, kami percaya adalah stor, diserbu pegawai kami selepas kami menerima aduan daripada pemilik cap dagang Fipper ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)