KPLB sambut baik projek telaga tiub

KOTA MARUDU, 11 NOV – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menyambut baik usaha Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Sabah melaksanakan projek telaga tiub sebagai alternatif menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk luar bandar dan pedalaman di negeri ini. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata sokongan, kerjasama dan bantuan kepakaran secara berterusan  daripada JMG Sabah itu juga diharap dapat menyelesaikan masalah bekalan air termasuk di perkampungan Mini Estet Sejahtera (Mesej) dan Program Kampung Sejahtera.

“KPLB Sabah, JMG Sabah menjalin kerjasama bagi mengenal pasti sumber air bawah tanah yang sering menghadapi masalah bekalan kerana JMG mempunyai kepakaran dan teknologi hidrogeologi untuk mengenal pasti sumber air bawah tanah sebagai bekalan air alternatif.– Bernama