KPM wujudkan persekitaran sekolah selamat

PUTRAJAYA, 12 SEPT – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan persekitaran yang ada selamat untuk murid kembali semula ke sekolah secara berperingkat dengan kaedah penggiliran bermula 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata walaupun semua pelajar di seluruh negara masih belum menerima suntikan vaksinasi COVID-19 sepenuhnya, kementerian akan memastikan semua ekosistem di sekeliling murid di sekolah adalah divaksinkan.

Katanya pendekatan itu bukanlah yang baharu memandangkan banyak negara menggunakan pendekatan yang sama apabila program vaksinasi berjalan selaras dengan pembukaan semula sekolah.

“Program vaksinasi untuk murid sekolah berumur 12 hingga 17 tahun ini baru sahaja dimulakan. Pada masa yang sama murid di sekolah rendah masih boleh belum divaksinkan lagi.” – Bernama