Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kraf tradisional bakat tempatan hiasi muzium Tokyo

    JEPUN – Pusat Kraf Tradisional Edo Taito, yang terletak di jalan membeli-belah berhampiran kawasan sibuk di sekitar kuil Sensoji di Asakusa mempamerkan barangan yang dihasilkan oleh beberapa artis tempatan.

    Selepas masuk melalui bahagian luar kaca yang bergaya di muzium, pelawat disambut dengan video seorang tukang menempa sebuah perkakas tembaga.

    Wilayah Taito, yang terkenal dengan kawasan pelancongan popular Asakusa dan Ueno, juga dianggap sebagai sebuah bandar artisanal.

    Muzium ini memaparkan 243 kraf tradisional daripada 43 industri, termasuk cetakan kayu Edo dan produk kulit kura-kura Edo bekko, yang telah lama dihasilkan di wilayah itu. Kesemuanya dibuat oleh tukang tempatan.

    Muzium ini mahu pelawat menumpukan perhatian pada aspek visual pameran, supaya orang ramai boleh melihat nota penerangan dengan mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar mereka untuk mengetahui maklumat mengenainya.

    Penjelasan memberikan gambaran tentang kaedah pembinaannya. Sebagai contoh, Edo sashimono (sendi kayu) terdiri daripada dua keping kayu yang dicantum tanpa menggunakan paku. Tokyo uchihamono (pisau buatan tangan) pula dikatakan berasal apabila tukang pedang menggunakan kemahiran mereka untuk membuat pisau dan gunting selepas pedang dilarang semasa zaman Meiji (1868-1912).

    Pengunjung boleh meminta kakitangan menunjukkan bengkel di mana mereka boleh melihat secara langsung ketukangan yang masih menggunakan teknik tradisional. Pusat itu menganjurkan kira-kira 100 demonstrasi oleh tukang pada hujung minggu dan cuti, tetapi bengkel itu kini digantung kerana wabak COVID. Walau bagaimanapun, kumpulan boleh memohon untuk sesi dalam talian. Ramai pelancong kembali kerana langkah kawalan sempadan COVID telah dilonggarkan.

    Panel sentuh yang memperkenalkan sejarah dan proses pengeluaran tersedia dalam bahasa Inggeris, Cina dan Korea.

    “Kami berharap pelawat akan merasai budaya Jepun melalui kraf tradisional,” kata Naib presiden persatuan itu, Kotaro Tanaka, 59. Sejak dibuka semula pada 2019, pusat kendalian Wilayah Taito telah menarik 97,000 pelawat dan semakin bertambah. Terdapat tempat persiaran berdekatan, seperti kuil Sensoji dan taman hiburan Hanayashiki. – ANN/The Japan News

    Barangan kaca Edo kiriko dan alat pemotong uchihamono Tokyo dipamerkan di Pusat Kraf Tradisional Edo Taito. – ANN/The Japan News
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...