Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Krakatoa: Tahap amaran dinaikkan

    JAKARTA, 25 APRIL – Indonesia meningkatkan status amaran awal bagi gunung Krakatoa kepada tahap kedua tertinggi hari ini, sehari selepas ia meletus dan memuntahkan debu setinggi 3,000 meter ke ruang langit.

    Pihak berkuasa menaikkan ancaman Anak Krakatoa kepada tahap tiga daripada empat sistem amaran gunung berapi selepas menyaksikan peningkatan aktiviti dari bulan lalu dengan ledakan terbesar muncul kelmarin.

    Mereka juga memperluaskan zon larangan sekitar kawah itu sehari selepas memberi amaran penduduk berdekatan untuk memakai pelitup muka ketika keluar kerana kepulan asap yang dimuntahkannya di seluruh semenanjung yang memi-sahkan pulau-pulau Jawa dan Sumatera.

    “Kami telah meningkatkan status amaran Gunung Anak Krakatoa dari tahap dua….ke tahap tiga dan menyarankan tidak ada sesiapa dibenarkan untuk menghampiri kawasan itu dari 5km radius dari kawah aktif,” kata Hendra Gunawan, ketua dari Pusat Mitigasi Bencana Vulkanologi dan Geologi, kepada sidang media maya.

    Letusan karbon dioksida juga dilaporkan dikesan di sekitar kawah itu, katanya.

    Ia melepaskan 68 tan pada 15 April namun semakin bertambah seminggu kemudian, pada 23 April, ia melepaskan kira-kira 9,000 tan.

    Tidak ada pemindahan dilaporkan berlaku di pulau berhampiran dan Gunawan berkata laluan lautan yang sibuk dari pelabuhan Merak, Jawa ke pelabuhan Bakauheni, Sumatera tidak terjejas. – AFP

    Kepulan asap tebal dari Gunung Anak Krakatau kelihatan semasa matahari terbenam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...