Sunday, May 18, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kreativiti dan inovasi ciptaan tempatan di Pesta Pengguna

    Oleh Nurdiyanah R.

    Apabila kita menyebut mengenai satu acara yang menghimpunkan pelbagai ciptaan produk dan perkhidmatan yang menarik dihiasi dengan kreativiti dan inovasi daripada cetusan idea-idea para usahawan yang diadakan dalam satu bumbung di negara ini, pastinya terdetik di fikiran kita itulah Pesta Pengguna.

    Baru-baru ini, Pesta Pengguna ke-25 telah membuka tirainya selama lima hari hingga hujung minggu ini di Dewan 1 dan 2, Bridex, Jerudong yang mana ia merupakan satu acara yang begitu dinanti-nantikan oleh masyarakat di negara ini.

    Adapun Pesta Pengguna yang telah bermula sejak tahun 2008 juga dikenali sebagai Consumer Fair (CF).

    Ia merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan di negara ini anjuran Syarikat D’Sunlit Sdn Bhd.

    ‘Edisi Tempatan’ menjadi tema pilihan

    Pesta Pengguna kali ini mengetengahkan tema ‘Edisi Tempatan’ dengan mempamerkan pelbagai produk tempatan dan luar negara yang dibawakan oleh syarikat-syarikat tempatan. Sebut sahaja barangan dapur, produk kecantikan dan kesihatan, perabot-perabot, produk makanan dan minuman, pakaian dan perhiasan, barangan elektronik, perkhidmatan pasaran telekomunikasi, dan perbankan dan sebagainya, semuanya pasti tersedia bagi para pengunjung.

    Pesta Pengguna ke-25 anjuran Syarikat D’Sunlit Sdn Bhd telah membuka tirainya selama lima hari hingga hujung minggu ini di Dewan 1 dan 2, Bridex, Jerudong yang mana ia merupakan sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh masyarakat di negara ini.
    Salah satu produk sentuhan anak tempatan berasaskan daging sapi yang diperap atau lebih dikenali dengan ‘Daging Harimau Menangis’ sememangnya memiliki ramuan asli peribadi telah diketengahkan oleh Awang Ahmad Hazwan bersama isteri tercinta di bawah Syarikat Nur Ar-Rahman.
    Semangat keusahawanan jelas terpancar pada diri pada salah seorang pengusaha warga emas dari Kampung Putat, Haji Junggal yang mengetengahkan keunikan produk kraftangannya berasaskan kayu seperti tongkat.

    Sepanjang acara berkenaan, pihak penganjur juga telah menyusun beberapa aktiviti menarik seperti local village di mana pengunjung dapat mengalami dan menikmati aktiviti tradisional tempatan seperti kain tenunan, pembuatan ambuyat, pembuatan wajid dan banyak lagi.

    Keenakan sentuhan ‘Daging Harimau Menangis’

    Salah satu produk sentuhan anak tempatan berasaskan daging sapi yang diperap atau lebih dikenali dengan ‘Daging Harimau Menangis’ sememangnya memiliki ramuan asli peribadi telah diketengahkan oleh Awang Ahmad Hazwan al-Sukri bin Haji Abdul Halim bersama isteri tercinta di bawah Syarikat Nur Ar-Rahman.

    Jelasnya, adapun resepi peribadi yang dicipta oleh isteri beliau ini lebih berkonsepkan masakan ala Thaliand yang mana mereka begitu menitikberatkan bahan-bahan asas memiliki kualiti daripada segi nutrisi yang sihat, salah satunya adalah penggunaan garam Himalaya.

    “Istimewanya produk ini begitu mudah untuk dinikmati segera iaitu dengan memanaskan isi daging dengan sedikit minyak di dalam kuali. Pastikan dengan menggunakan api yang sederhana selama 10 minit atau sehingga bertekstur kering.

    Ia boleh dinikmati bersama sos yang sudah tersedia sama dalam setiap bungkusan, boleh dipadankan dengan nasi, katanya, yang turut merakamkan kesyukuran semasa berlangsungnya acara ini, lebih 100 bungkus produk itu sudah terjual.

    Cetusan produk kraf tangan berasaskan kayu

    Selain itu, semangat keusahawanan jelas terpancar pada diri pada salah seorang pengusaha warga emas dari Kampung Putat, Haji Junggal bin Jumat yang mengetengahkan keunikan produk kraf tangannya berasaskan kayu.

    “Kemahiran ini sememangnya saya mempelajarinya dari warisan keluarga. Alhamdulillah sehingga kini, saya masih mengusahakan produk kraf tangan meliputi tongkat, parang, candas dan sebagainya.

    Rezeki itu ada di mana-mana selagi kita rajin berusaha,” ujarnya dengan penuh ketulusan yang mana perusahaannya turut dibantu oleh anak-anak tersayang.

    Acara tahunan yang dinanti-nanti

    Di samping itu, Media Permata juga berkesempatan menemui salah seorang pengunjung bersama ahli keluarga tersayang yang kelihatan teruja semasa kunjungan ke Pesta Pengguna berkenaan.

    Dayang Salmah binti Mahmud yang berasal dari Kampung Manggis berkongsi bahawa pesta jualan sebegini merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh beliau sekeluarga kerana pelbagai tawaran menarik daripada pengusaha produk dan barangan dapat diperolehi dengan mudah, lebih-lebih dengan adanya tawaran harga yang berpatutan.

    Begitulah Pesta Pengguna menyerikan sasaran pertengahan tahun 2021 dengan mewarnai kemeriahan bukan sahaja buat para pengunjung bahkan juga kegigihan usahawan di negara ini dalam sama-sama menyokong produk dan meningkatkan prestasi masing-masing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/