Kreativiti pameran reka bentuk poster

DIKENALI melalui rekaan posternya, seorang seniman berbangsa Poland-Jepun, Agnieszka Ziemiszewska cuba membawa orang ramai keluar dari lumrah kebiasaan kepada sesuatu nilai yang lebih mendalam.

Kebanyakan seni yang dipamerkan oleh Ziemiszewska di sebuah kompleks membeli-belah, Summarecon Mall Serpong di Tangerang berjaya memukau banyak mata dengan kompleksiti campuran warna dan juga komposisi dinamik karya seni ini.

Lakaran seni poster ini cuba keluar dari kebiasaan dengan menggunakan komposisi artistik yang kelihatan sangat unik namun menarik. Setiap lapisan bertindih antara satu dengan yang lain dan digabungkan dengan cara yang rumit sekali gus membangkitkan seakan-akan angin visual yang memerlukan sedikit masa untuk diserap sepenuhnya oleh pemerhatian orang ramai dan agak mustahil untuk diabaikan.

Dikenali sebagai seorang pereka grafik yang sangat dihormati, guru akademik dan kurator, Agnieszka juga seorang profesor tambahan di Institut Teknologi Maklumat Poland-Jepun di Warsaw, di mana dia telah mengetuai studio tipografi. Artis seni ini juga sibuk dengan aktiviti membuat poster dan juga blog di mana kebanyakan blognya diisi dengan pelbagai corak dan reka bentuk poster yang menarik dan menakjubkan.

Ziemiszewska berkata dalam meneroka kedua-dua bidang yang diceburinya itu, dia mendapati amat penting untuk memberikan penonton satu kemungkinan dan tafsirannya tersendiri atau membangkitkan lagi rasa minat para pengunjung untuk mendalami poster tersebut.

Dikenali sebagai seorang pereka grafik yang sangat dihormati, guru akademik dan kurator, Agnieszka juga seorang profesor di Institut Teknologi Maklumat Poland-Jepun di Warsaw. – Agensi

Lakaran seni poster ini cuba keluar dari kebiasaan dengan menggunakan komposisi artistik yang kelihatan sangat unik namun menarik. – Agensi
Pameran yang berlangsung sehingga 30 November ini merupakan sebahagian daripada program Rekripta Komunikasi Visual (DKV) Pradita Institut Summarecon yang cuba menggalakkan para pereka seni tempatan untuk memahami bagaimana seni itu bersesuaian dengan landskap yang cuba diketengahkan. – Agensi

Semakin menarik

Ziemiszewska telah sekian lama memerhatikan fenomena rekaan seni Indonesia yang semakin berkembang maju, setelah memerhatikannya selama hampir dua tahun dan berpeluang untuk menulis sebuah buku mengenai perkembangan seni poster di Indonesia.

“Kata terbaik yang saya dapati untuk menerangkan sebuah poster adalah kepelbagaiaan. Apa yang saya amati, reka bentuk yang dihasilkan oleh artis seni Indonesia sangat progresif, terbuka kepada trend baharu dan dalam masa yang sama masih menghormati nilai tradisi,” kata Ziemiszewska kepada Jakarta Post.

Seniman itu telah berjaya menamatkan PhD di Sekolah Seni Grafik di Akademi Seni Halus di Warsaw. Sebelum itu, dia belajar dan lulus dari Akademik Seni Halus di Lodz. Pameran yang berlangsung sehingga 30 November ini merupakan sebahagian daripada program Rekripta Komunikasi Visual (DKV) Pradita Institut Summarecon yang cuba menggalakkan para pereka seni tempatan untuk memahami bagaimana seni itu bersesuaian dengan landskap yang cuba diketengahkan selepas mereka menamatkan pengajian dan mekanisme yang memperkembangkan lagi industri reka bentuk.

Idea pameran seperti ini seolah-olah membawa para seniman untuk lebih dekat menyelesaikan pengajian mereka dan bukan sebagai graduan baharu namun lebih dikenali sebagai graduan yang berpengalaman.

Ketua program DKV, Pradita, James Darmawan merujuk kepada sikap budaya negara tersebut terhadap reka bentuk poster di mana karya seni ini dilihati sebagai sebuah seni yang mempunyai nilai artistik yang sama, sebagai contoh lukisan. Disebabkan perkara ini, Ziemiszewska dijemput untuk menghadiri pameran ini. “Dia seorang yang berpengalaman dalam bidang seni, termasuk seni poster, sebab itu kami memilih dia,” kata James.

Selaras perkembangan global

“Kami mahu pelajar-pelajar kami mendapat pendidikan di peringkat antarabangsa, kerana kami faham bahawa ketika ini, mereka perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan global,” jelas James. Acara pameran ini turut melibatkan Pusat Reka Bentuk Pereka Grafik Worldwide (WGD), yang berfungsi untuk menghubungkan pereka dari seluruh dunia dengan harapan untuk dapat memberikan pengalaman kepada pelajar-pelajar yang lain.

WGD turut terlibat dalam jadual program acara itu termasuk penyeragaman dan proses pengunduran.

Pengasas WGD, Irwan Harnoko telah menyaksikan sendiri bagaimana kebanyakan pelajar terbatas untuk merasakan sendiri reka bentuk luar sekali gus menghalang menghasilkan reka bentuk yang luar biasa. Matlamatnya adalah untuk menghidupkan setiap watak dan personaliti para pelajar kemudian menjana ‘kekuatan’ melalui sudut pengalaman.
“Ramai pereka seni muda, di seluruh dunia, bersemangat tentang kerja mereka, tetapi ramai di antara mereka mengasah lagi kemahiran mereka dengan belajar melalui pendidikan.

Melalui perkongsian pengetahuan global ini, pelajar akan berfikir, menyampaikan mesej dan menguruskan kaedah dengan cara yang berbeza daripada terus mengadaptasikan benda dan bentuk yang sama,” kata Irwan.

“Walaupun unsur estetika dan keharmonian masih dianggap penting, namun kali ini keinginan intuitif individu boleh sahaja menjadi kekuatan yang bernilai untuk menghasilkan seni hebat,” tambahnya. – Agensi