MELBOURNE, AUSTRALIA, 30 JAN – Pemain ranking teratas, Barbora Krejcikova dan Katerina Siniakova membuat satu pencapaian terbesar dalam beregu yang bermula daripada ranking bawah apabila mereka memenangi kejohanan beregu wanita Terbuka Australia deng-an 6-7 (3), 6-4, 6-4 hari ini ke atas Anna Danilina dan Beatriz Haddad Maia.
Pasangan Republik Czech itu merangkul kejuaraan Terbuka Australia pertama mereka dengan yang pertama dari Wimbledon dan kedua daripada kejuaraan Terbuka Perancis untuk menghampiri karier Grand Slam dalam acara beregu. Mereka juga adalah juara Olimpik.
Mereka adalah peserta finalis di Melbourne tahun lalu tetapi tewas 6-2, 6-3 kepada Elise Mertens dan Aryna Sabalenka. Krejcikova juga berada dalam prestasi terbaik acara perseorangan di Melbourne tahun ini sebelum dikalahkan secara mengejut di tangan Madison Keys pusingan suku akhir.
Pemain pilihan utama diasak hebat oleh Danilina dari Kazakhstan dan Haddad Maia dari Brazil yang menyatukan gandingan mereka kurang sebulan lalu dan tidak tewas dalam sembilan perlawanan sebelum hari ini. Mereka telah merangkul gelaran juara beregu Klasik Sydney sebelum mengharungi kejohanan Grand Slam pertama mereka bersama-sama.
Danilina dan Haddad Maia menjadi pasangan beregu pertama yang merampas satu set daripada Krejcikova dan Siniakova di Melbourne dan mengekalkan perlawanan akhir selama dua jam dan 42 minit sebelum mereka tewas pada akhirnya.
Acara beregu antara Krejcikova dan Siniakova yang diasah dengan baik terlihat sedikit bermasalah hari ini tetapi dengan pengalaman bermain, prestasi mereka kembali pulih.
Siniakova lebih aktif dalam dua set pertama manakala Krejcikova kelihatan mengalami kesukaran pada permulaan dan kurang bergerak dari kebiasaannya di gelanggang.
Krejcikova meningkatkan rentak permainannya semasa set terakhir dan menghasilkan banyak mata penting, memukul dengan kuat di tengah gelanggang sementara Siniakova memukul di seberang jaring untuk voli clutch. – AP