Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Krejcikova tuntut gelaran Ostrava

    OSTRAVA, 10 OKT – Barbora Krejcikova merangkul kejuaraan WTA kedua berturut-turut selepas mengalahkan juara dunia, Iga Swiatek dengan aksi yang mengagumkan pada aksi final Ostrava kelmarin.

    Juara dunia yang ke-23 itu menang 5-7, 7-6 (7/4), 6-3 sekali gus menambah trofi Czech selepas kemenangannya di Talinn pada hujung minggu lepas.

    Kejayaan Krejcikova itu telah mematahkan rekod Swiatek yang menang 10 kali berturut-turut juara Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat serta memberikan pemain berusia 26 tahun itu kejohanan karier yang ke-5.

    “Ia adalah satu perlawanan yang besar. Kami bermain dengan penuh semangat. Kami berikan pertunjukan yang mengagumkan kepada para peminat. Jadi, saya sangat gembira dengan hasil perlawanan ini dan dengan cara saya bermain,” kata Krejcikova.

    “Ini adalah satu kejayaan yang besar, Ia merupakan salah satu perlawanan terbesar yang pernah saya tandingi.

    Aksi Barbora Krejcikova dengan trofi selepas memenangi perlawanan tenis terakhir WTA Wanita di Ostrava, Republik Czech, kelmarin – AP

    “Suasananya begitu bertenaga dan sangat sukar untuk dibayangkan bagi kedua-dua belah pihak. Saya rasa ini adalah salah satu perlawanan paling utama yang pernah saya main di dalam hidup saya.”

    Swiatek, yang memenangi perlawanan ke-60 dalam musim ini pada Sabtu, juga pernah mengalahkan Krejcikova dalam dua pertemuan mereka yang lalu.

    Pemain Poland berusia 21 tahun itu menang tiga set di atas gelanggang keras di Miami pada tahun lalu sebelum kemenangannya di atas gelanggang tanah liat di Rom 2 bulan kemudian.

    Kelmarin, juara Terbuka Perancis 2021 Krejcikova meredah laluan yang sukar apabila diekori 5-1 pada set pertama sebelum merampas kejuaraan dalam masa tiga jam 16 minit.

    Bagi Swiatek, ini adalah kekalahan kali kedua dalam 12 kejohanan kariernya, dan kali pertama dalam masa 3 tahun. Namun, beliau kekurangan dua mata untuk memperoleh kejuaraan ke-8 dalam musim ini setelah servis 30-30 Krejcikova pada set kedua dalam perlawanan ke-12.

    “Saya berpesan kepada diri saya untuk terus berusaha,” kata Krejcikova.

    “Beliau (Swiatek) ialah juara yang hebat. Beliau ialah pemain yang hebat. Saya jangkakan yang beliau tidak akan sesekali bermain dengan mudah. Jadi, saya beritahu diri saya, ok, teruskan berusaha. Semuanya akan baik-baik sahaja.”

    “Awak akan dapat peluang awak. Awak akan berjaya akhirnya,” itulah kata-kata dalam diri saya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...