Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Kremlin nafi ‘gugat keselamatan’ Belarus

    MOSCOW, 30 JULAI – Kremlin hari ini menafikan mana-mana pelan untuk menggugat kestabilan ‘sekutu’ selepas Belarus menahan 33 warga Rusia yang dikatakannya menjadi askar upahan dalam misi untuk mengganggu pilihan raya presiden akan datang.

    Perkhidmatan keselamatan Belarus semalam menahan 33 warga Rusia, berkata lelaki berkenaan adalah askar upahan dalam misi untuk menjejaskan pilihan raya presiden di negara bekas Soviet itu.

    Perkhidmatan keselamatan KGB Belarus berkata lelaki yang ditahan adalah anggota kumpulan Wagner, firma tentera persendirian yang dilaporkan dikawal oleh sekutu Presiden Rusia Vladimir Putin.

    Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata dakwaan mengatakan ‘pertubuhan dari Rusia sedang menghantar beberapa orang untuk menggugat situasi di Belarus’ merupakan satu sindiran.

    Dalam komen rasmi pertama Moscow, jurucakap Putin menegaskan Rusia dan Belarus adalah ‘sekutu dan rakan amat rapat.’

    Pemimpin Alexander Lukashenko berusaha memenangi penggal keenam dalam pilihan raya presiden pada 9 Ogos dan penahanan dilakukan tatkala pihak berkuasa bertindak keras ke atas calon pembangkang dan aktivis.

    Ketua majlis keselamatan Belarus Andrei Ravkov berkata tahanan menghadapi dakwaan bersiap sedia melancarkan ‘perbuatan pengganas,’ sementara menambah lebih seratus lagi masih bebas. – AFP

    Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov semasa menghadiri sidang video bersama Presiden Rusia Vladimir Putin di pusat situasi di Moscow, Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...