Kremlin tiada kaitan dengan skandal

MOSCOW, 20 Mei – Kremlin berkata hari ini skandal rasuah yang membabitkan parti kanan Austria yang menyebabkan keruntuhan kerajaan tidak mempunyai kaitan dengan Rusia.

“Ia adalah satu kejadian yang tidak ada kena mengena dengan kami,” beritahu jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada wartawan dalam komen rasmi pertama Rusia mengenai skandal tersebut.

Skandal dicetuskan oleh penerbitan dua akhbar Jerman pada Jumaat tentang rakaman gambar daripada kamera tersembunyi yang canggih pada tahun 2017.

Dalam rakaman, asal-usulnya tidak diketahui, Naib Canselor Austria Heinz-Christian Strache dilihat bercakap dengan seorang wanita yang dikatakan anak saudara oligarki Rusia, Igor Makarov.

Pasangan itu membincang bagaimana beliau boleh melabur di Austria, dan Strache menawarkan kemungkinan menganugerahi kontrak kerajaan sebagai balasan.

Strache, pemimpin Parti Kebebasan, telah meletak jawatan dan Canselor Sebastian Kurz telah mengadakan pilihan raya baharu.

“Saya tidak dapat menilai video ini disebabkan ia tidak mempunyai kaitan dengan Rusia atau presiden atau kerajaan,” kata Peskov.

“Kami tidak tahu siapa wanita ini, sama ada beliau adalah kaum etnik Rusia ataupun rakyat Rusia.” – AFP

Canselor Austria Sebastian Kurz (kanan) berjalan dengan Setiausaha Agung Parti Rakyat Austria Karl Nehammer ketika mesyuarat lembaga Parti Rakyat Austria di Vienna, kelmarin. Canselor Konservatif Sebastian Kurz telah mengadakan pilihan raya baharu selepas pemecatan timbalannya Heinz-Christian Strache pada Sabtu, sejurus sebelum pilihan raya Eropah. – AFP