Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Kren tumbang ragut 7 nyawa, 2 lagi cedera

BEIJING, 23 Julai – Sebuah kren menyenget dan tumbang di tapak pembinaan di sebuah syarikat infrastruktur besar di selatan China, membunuh tujuh orang dan mencederakan dua yang lain, kata pihak berkuasa hari ini.

Insiden itu berlaku lewat kelmarin di tapak pembinaan bagi ibu pejabat selatan Communications Construction Co. Ltd. milik kerajaan China di bandar Guangzhou, kata bandar daerah Haizhu. Para penyiasat sedang memeriksa bagaimana ia berlaku, kata daerah itu dalam kenyataan online.

Syarikat itu tidak dapat dihubungi hari ini. Daerah berkata dua mangsa cedera kini dalam keadaan yang stabil. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -