Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Krisdayanti tayang swafoto pertama dengan cucu

    Selepas lima hari menimang cahaya mata sulung, akhirnya pasangan selebriti terkenal Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah mengumumkan nama dan wajah anak mereka.

    Anak perempuan yang disebut sebagai Baby A ini diberi nama Ameena Hanna Nur Atta.

    “Ameena ini nama ibu Nabi Muhammad SAW. Jadi ibu nabi telah melahirkan manusia paling hebat di dunia, kiranya dia perempuan yang hebat juga.

    “Hanna pula ertinya kebahagiaan, kelahirannya membawa kebahagiaan untuk satu keluarga, semuanya gembira.

    Nur itu nama mamanya, ertinya cahaya, biar anak kami bercahaya juga,” kata Atta menerusi siarang langsung di program RCTI Plus.Ameena Hanna Nur Atta selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta pada 22 Februari lalu.

    Sementara itu, neneknya iaitu penyanyi terkenal, Krisdayanti turut berkongsi wajah comel Ameena menerusi laman sosial Instagram.

    “Alhamdulillah! Perkenalkan cucu kami Ameena Hanna Nur Atta,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

    Ameena merupakan cucu pertama bagi keluarga Aurel dan Atta, sudah tentu kelahiran ini sangat dinanti-nantikan oleh kedua-dua keluarga.

    Dalam perkembangan lain, Atta turut mewujudkan Instagram khas untuk puteri sulungnya itu iaitu @ameenaatta.

    Akaun berkenaan memiliki lebih 300,000 pengikut selepas tiga jam diwujudkan. – Agensi

    Krisdayanti turut berkongsi wajah comel Ameena menerusi laman sosial Instagram. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...