Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Krisis BAM-Zii Jia boleh jejas fokus kem badminton M’sia

    PUTRAJAYA, 23 JAN – Kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia boleh menyebabkan fokus barisan pemain dalam kem badminton kebangsaan terjejas, kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann.

    Choong Hann menegaskan beliau dan barisan kejurulatihan di BAM akan memastikan isu berkenaan tidak berlarutan sehingga menggugat prestasi pemain dengan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembinaan bakat

    Beliau berkata fokus barisan kejurulatihan selama ini tidak tertumpu kepada Zii Jia sahaja.

    “Pemain mungkin akan rasa terganggu tetapi kita telah diberikan tanggungjawab untuk membina semua pemain dan sudah tentu selama Zii Jia dalam jagaan kita, beliau dijaga dengan sepenuh komitmen.

    “Ini tidak bermaksud kita mengabaikan yang lain dan ini tidak menjadi masalah bahawa hanya sekarang kita akan mengalihkan tanggungjawab atau penelitian kita kepada pemain lain, kita teruskan kerja seperti biasa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan Larian Bendera Wilayah Persekutuan dan Queen’s Baton Sukan Komanwel 2022 hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...