Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Krisis gas tidak jejas keuntungan BASF

    FRANKFURT, 12 JULAI – Syarikat kimia gergasi Jerman, BASF hari ini melaporkan peningkatan keuntungan suku kedua, walaupun bimbang sektor tersebut mungkin terkesan disebabkan penggantungan hantaran gas Rusia.

    Dalam satu kenyataan, BASF berkata keuntungan bersih meningkat kepada 2.1 bilion euro dalam tempoh April hingga Jun daripada 1.7 bilion euro setahun sebelumnya.

    Syarikat kimia gergasi itu menyumbang peningkatan kepada pendapatan lebih tinggi hasil daripada pegangan saham dalam syarikat minyak dan gas, Wintershall Dea, ketika harga minyak naik mendadak baru-baru ini.

    Kumpulan yang berpangkalan di Ludwigshafen itu berkata jualan suku kedua tahun ini juga meningkat sebanyak 16 peratus pada 23 bilion euro, meskipun jumlah yang merosot.

    “Kenaikan harga bagi bahan-bahan mentah dan minyak sebahagiannya berlaku melalui harga penjualan yang lebih tinggi,” kata BASF.

    BASF melaporkan peningkatan keuntungan walaupun bimbang berlakunya kesan ke atas sektor minyak akibat penggantungan hantaran gas Rusia. – AP

    Sementara itu, keuntungan operasi adalah stabil pada 2.4 bilion euro dalam tempoh April hingga Jun, kata syarikat itu.

    Angka keuntungan yang memberangsangkan itu diperoleh selepas industri kimia Jerman memberi amaran mengenai akibat yang berpotensi timbul jika Rusia menghentikan bekalan gas sepenuhnya.

    Kelmarin, syarikat tenaga gergasi Rusia, Gazprom menghentikan bekalan ke Jerman menerusi saluran paip Nord Stream 1, ketika syarikat memulakan kerja-kerja penyelenggaraan di saluran paip berkenaan.

    Namun ekonomi terbesar Eropah itu bimbang saluran paip tersebut tidak akan kembali beroperasi selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai, ketika hubungan antara Rusia dan Barat mencecah tahap amat tegang dalam beberapa tahun ini berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

    Penggantungan jangka panjang akan menjejas teruk Jerman, dengan pihak berkuasa menimbang untuk mengenakan catuan bekalan.

    Penggantungan sepenuhnya bekalan adalah bersamaan dengan ‘serangan jantung untuk ekonomi,’ beritahu ketua persekutuan industri kimia VCI, Christian Kullmann kepada akhbar harian Sueddeutsche Zeitung, kelmarin.

    Industri kimia bergantung pada gas sebagai sumber tenaga dan bahan mentah dalam pengeluaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...