Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Krisis gula: Marcos Jr ancam pecat pegawai

    MANILA, FILIPINA, 11 OGOS – Presiden Filipina mengancam memecat pegawai tertinggi pertanian jika satu siasatan menunjukkan mereka salah umum keputusan untuk mengimport gula di tengah-tengah kekurangan komoditi itu tanpa kelulusannya, kata setiausaha medianya hari ini.

    Ia merupakan hukuman paling tegas yang akan diambil oleh presiden baru dilantik, Ferdinand Marcos Jr (gambar-AFP) ke atas para pegawai bagi sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran awal penggal enam tahunnya.

    Setiausaha Media, Trixie Cruz-Angeles mengatakan satu resolusi meluluskan pengimportan 300,000 tan metrik gula oleh Lembaga Pengawal selia Gula yang diketuai Marcos Jr diposkan di laman web Pentadbiran Pengawal Selia Gula di bawah Jabatan Pertanian pada Rabu.

    Marcos Jr secara sementara mengambil alih tampuk kepimpinan Jabatan Pertanian akibat krisis makanan dunia.

    Menurut Cruz-Angeles, presiden tidak pernah meluluskan atau menyedari resolusi untuk mengimport gula ditandatangani oleh setiausaha rendah dan pegawai lain. Dokumen di laman webnya ditarik balik hari ini.

    “Resolusi ini adalah tidak sah,” katanya pada satu sidang media. “Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan ada salah laku atau kecuaian berlaku.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...