Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Krisis kemanusiaan Haiti, Guterres gesa penempatan tentera antarabangsa

    NEW YORK, 10 OKT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres kelmarin menggesa penempatan tentera antarabangsa ke Haiti untuk membantu menangani krisis kemanusiaan, kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

    Setiausaha Agung itu menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan kesihatan di Haiti yang berdepan penularan wabak taun di tengah-tengah keselamatan negara semakin lumpuh, menurut kenyataan itu.

    Kumpulan tertentu dilaporkan mengawal terminal bahan api Varreux di Port-au-Prince manakala perkhidmatan kritikal termasuk pengagihan air bersih, makanan dan bekalan perubatan diperlukan untuk mencegah penularan penyakit berkenaan, lapor Xinhua.

    Guterres kelmarin menyerahkan surat kepada Majlis Keselamatan untuk meningkatkan sokongan keselamatan kepada Haiti.

    Ketua PBB itu turut menyeru pihak berkepentingan Haiti untuk mengetepikan perbezaan mereka dan melibatkan diri dalam sesi dialog yang inklusif secepat mungkin. – Bernama

    Kanak-kanak didiagnosis dengan kolera semasa menerima rawatan pada 11 Oktober 2016. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...