Krisis kurang cip berlarutan hingga 2022

ANKARA, 8 OKT – Krisis kekurangan cip global boleh berlarutan hingga 2022 disebabkan kos penambahan kapasiti semikonduktor baharu, menurut Fitch Ratings kelmarin.

Agensi penarafan global itu memaklumkan kekurangan cip telah memaksa pengeluar, termasuk pembuat trak dan kenderaan berat, untuk mengurangkan pengeluaran dan telah mempengaruhi pembekal peringkat pertama serta kedua, lapor Agensi Anadolu.

“Cabaran rantaian bekalan tertentu akan memakan masa lebih lama untuk diselesaikan seperti meningkatkan pengeluaran cip semikonduktor dan pelaburan tambahan untuk mengembangkan kapasiti penghantaran,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, kelewatan penghantaran dan kekurangan bekalan bahan mentah dan komponen seperti cip semikonduktor, memperlahan-kan pemulihan ekonomi akibat pandemik COVID-19. – Bernama