Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Krisis makanan global ‘akan bunuh jutaan’ penduduk

    YOGJAKARTA, INDONESIA, 23 JUN – Krisis makanan global yang dicetuskan oleh perang di Ukraine akan membunuh jutaan penduduk dunia dengan menyebabkan mereka yang paling kebuluran lebih terdedah kepada penyakit berjangkit, berpotensi mencetuskan bencana kesihatan baharu dunia, tekan ketua organisasi bantuan utama.

    Sekatan tentera laut Rusia ke atas pelabuhan-pelabuhan Laut Hitam Ukraine telah menghentikan penghantaran bijirin daripada pengeksport gandum dan jagung keempat terbesar di dunia, sekali gus menyebabkan kekurangan bekalan dan meningkatkan kebuluran di negara berpendapatan rendah.

    Pengarah Eksekutif Dana Global untuk Menentang AIDS, Tuberkulosis dan Malaria, Peter Sands minggu ini memberitahu AFP bahawa kekurangan makanan yang dihadapi ketika ini secara tidak langsung mengakibatkan lebih ramai yang meninggal dunia bukan sahaja kerana kebuluran tetapi disebabkan pertahanan badan yang rendah terhadap penyakit berjangkit akibat pengambilan makanan tidak berzat.

    “Saya berpandangan kita mungkin sudah mula berdepan krisis kesihatan seterusnya. Ia bukan patogen baharu tetapi ia bermakna orang yang kurang zat makanan akan lebih terdedah kepada penyakit sedia ada.

    “Saya fikir kesan gabungan penyakit berjangkit dan kekurangan makanan serta krisis tenaga… kita boleh menjangkakan berjuta-juta kematian tambahan kerana faktor ini,” katanya dalam satu temu bual semasa mesyuarat menteri kesihatan G20 di bandar Yogyakarta, Indonesia.

    Kerajaan-kerajaan dunia perlu meminimumkan kesan krisis makanan dengan menyediakan penja-gaan kesihatan kepada komuniti termiskin, mengambil kira mereka lebih terdedah kepada krisis berkenaan, kata bekas jurubank Britain yang kini mengetuai dana AS$4 bilion.

    “Ini bermakna memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan primer supaya ia sampai ke kawasan perkampungan dan dalam komuniti. Hospital penting tetapi apabila anda berdepan dengan cabaran seperti ini, perkara yang paling penting ialah penjagaan kesihatan primer,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...