Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Krisis makanan global tenat

    BERLIN, 13 JULAI – Kenaikan harga makanan telah memburukkan lagi krisis makanan global, lapor Xinhua, memetik agensi bantuan bukan kerajaan Jerman, Welthungerhilfe, kelmarin.

    “Berjuta-juta orang berdepan kebuluran, kerana keluarga tidak lagi mempunyai apa-apa sumber.

    “Kenaikan harga menjadikan keadaan semakin sukar buat golongan termiskin,” kata setiausaha agung Welthungerhilfe, Mathias Mogge.

    Harga makanan meningkat sebanyak 28 peratus pada tahun lalu di seluruh dunia, dan keadaan diburukkan lagi dengan konflik Rusia dan Ukraine, menurut laporan tahunan Welthungerhilfe 2021.

    Jumlah penduduk dunia yang kelaparan meningkat kepada 811 juta setakat ini dan keadaan semakin meruncing di Yaman, Afghanistan dan Selatan Sudan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...