Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Krisis makanan global: Tindakan diselaras, berani perlu diambil

    NEW YORK, 19 JULAI – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kelmarin menggesa tindakan yang berani dan diselaraskan bagi menyelesaikan krisis makanan global yang berterusan, lapor Xinhua.

    “Kita berdepan risiko kebuluran berganda pada tahun ini. 

    “Tahun depan keadaan dijangka bertambah buruk,” Guterres memberi amaran dalam ucapan videonya pada Perhimpunan Agung PBB bertajuk ‘Masa untuk Bertindak Bersama: Menyelaras Respons Terhadap Krisis Makanan Global.

    Tetapi “kita boleh mengelakkan malapetaka ini jika kita bertindak sekarang” dan “bersama-sama memberi respons berani serta menyelaraskan dasar,” katanya. Ini bermakna mengintegrasikan semula eksport makanan Ukraine serta makanan dan baja Rusia dengan kadar segera ke pasaran dunia serta memastikan perdagangan global kekal terbuka, katanya.

    Guterres juga menekankan keperluan untuk menangani krisis kewangan di negara-negara membangun dan meneroka sumber yang mungkin untuk meningkatkan perlindungan sosial di samping menyokong pekebun kecil dan petani bagi meningkatkan produktiviti.

    “Ini bermakna mengubah sistem makanan di setiap peringkat – memastikan makanan pada harga yang berpatutan, sihat dan mampan untuk setiap orang walau di mana sahaja mereka berada,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...