Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krisis perumahan di New York semakin memuncak

    NEW YORK – Kelihatan sekumpulan pasukan pengakap perempuan sering kali memenuhi ruang besar di sebuah hotel terkemuka di New York dan kumpulan pengakap ini terdiri daripada anak-anak muda Amerika yang ingin mempelajari tentang pelbagai kemahiran untuk meneruskan kehidupan.

    Apa yang menyedihkan, pasukan pengakap ini terdiri daripada mereka yang sudah kehilangan tempat tinggal. Pasukan pengakap yang diberikan nama sebagai Troop 6000 itu adalah pasukan pengakap perempuan yang pertama di New York yang mengkhususkan kepada kanak-kanak perempuan yang telah kehilangan tempat tinggal.

    Kebanyakan kanak-kanak ini tinggal di pusat perlindungan, Sleep Inn di Queens di mana mereka boleh tidur tiga orang dalam satu katil malah pusat ini turut menempatkan 100 buah keluarga yang tidak mempunyai kediaman.

    Situasi ini mempertingkatkan lagi masalah yang besar di New York iaitu sebuah bandar raya yang terkenal di Amerika Syarikat. Banda raya ini dipenuhi dengan jutawan-jutawan dalam pelbagai sektor dan bidang malah tidak serik untuk terus mencari sumber kekayaan dan kebanyakan penduduk yang hidup sederhana berusaha keras untuk mencari perumahan yang mampu dimiliki di bandar raya kosmopolitan tersebut.

    “Mereka adalah adik beradik saya dan saya suka menghabiskan masa saya dengan mereka. Saya rasa saya boleh memberitahu apa sahaja tentang diri saya kepada mereka kerana mereka amat memahami diri saya. Kami tidak berbeza Cuma kami tidak mempunyai rumah untuk berteduh dan membesar,” kata Karina Cabrera yang berusia 11 tahun dan bercita-cita ingin menjadi pemain bola keranjang terkenal pada satu hari nanti kepada wartawan AFP.

    Bagi memastikan kesejahteraan mereka, Sleep Inn merupakan sebuah pusat perlindungan yang telah bertukar daripada sebuah hotel kepada tempat perlindungan. – AFP
    Bagi memastikan kesejahteraan mereka, Sleep Inn merupakan sebuah pusat perlindungan yang telah bertukar daripada sebuah hotel kepada tempat perlindungan. – AFP
    Kebanyakan kanak-kanak ini tinggal di pusat perlindungan, Sleep Inn di Queens di mana mereka boleh tidur tiga orang dalam satu katil. – AFP
    Kebanyakan kanak-kanak ini tinggal di pusat perlindungan, Sleep Inn di Queens di mana mereka boleh tidur tiga orang dalam satu katil. – AFP

    Dianggarkan sekitar 60,000 individu dalam sistem perlindungan di bandar raya itu. Semasa tahun 2015 dan 2016, hampir 33,000 pelajar di sekolah-sekolah awam di bandar itu telah ditempatkan di pusat perlindungan kerana telah kehilangan tempat untuk berteduh.

    Bagi memastikan kesejahteraan mereka, Sleep Inn merupakan sebuah pusat perlindungan yang telah bertukar daripada sebuah hotel kepada tempat perlindungan manakala 7,500 kediaman turut dijadikan pusat perlindungan di New York.

    Giselle Burgess, seorang ibu tunggal dan lima lagi keluarganya telah kehilangan tempat berteduh pada bulan Ogos yang lalu dan telah memainkan peranan yang penting dalam menubuhkan pasukan Troop 6000 itu pada awal bulan tahun ini.

    “Pada mulanya saya agak sedikit bimbang dan ketika awal penubuhan, saya mempunyai sekitar lapan kanak-kanak perempuan termasuk anak perempuan saya dan tiga bulan kemudian, bilangan itu semakin bertambah di mana 25 kanak-kanak perempuan juga memasuki pasukan pengakap itu,” tambah Giselle lagi kepada wartawan AFP.

    Menakutkan

    Giselle Burgess telah memberikan kanak-kanak ini pelbagai pembelajaran pengakap seperti pertolongan cemas, pembelajaran sejarah mengani hak mengundi wanita dan sastera kewangan. Dan ketika ini, Giselle merancang untuk mengajar kanak-kanak ini mengenai ilmu advokasi sivik.

    “Ia merupakan satu perkara yang benar-benar menakjubkan untuk melihat gadis-gadis ini bersama-sama bangkit dalam membina ikatan itu,” tambah Giselle lagi kepada wartawan AFP. Menempuhi kehidupan yang mencabar di bandar raya ini, kanak-kanak ini perlu pandai, pintar dan rajin sebagai peneraju pembangunan masyarakat khususnya pasukan pengakap untuk memperkasa kehebatan New York dan Giselle mengibaratkan bandar raya itu sebagai lokasi yang murah untuk mencari tempat perlindungan dan kediaman walaupun dengan harga yang mampu dimiliki.

    Keluarga Giselle telah kehilangan tempat kediaman mereka pada bulan Ogos tahun lepas apabila pajakan mereka telah tamat tempoh dan tuan tanah telah menjual hartanah tersebut.

    Menempuhi kehidupan yang mencabar di bandar raya ini, kanak-kanak ini perlu pandai, pintar dan rajin sebagai peneraju pembangunan masyarakat khususnya pasukan pengakap. – AFP
    Menempuhi kehidupan yang mencabar di bandar raya ini, kanak-kanak ini perlu pandai, pintar dan rajin sebagai peneraju pembangunan masyarakat khususnya pasukan pengakap. – AFP

    Beliau dan anaknya yang berusia tiga dan 14 tahun bergilir-gilir tidur di sebuah katil di pusat perlindungan tersebut malah beliau berkongsi satu bilik dengan penghuni yang lain yang mana dilengkapi dengan peti sejuk mini dan juga almari kecil.

    “Ia situasi yang sangat menakutkan namun situasi ini terpaksa kami harungi walaupun senyuman itu tidak kekal lama,” tambah Giselle lagi kepada wartawan AFP.

    Jadi presiden lebih hebat

    Majlis bandar raya New York beberapa minggu yang lalu telah menghormati tindakan unik yang dilakukan oleh pasukan pengakap ini dan telah menjemput mereka untuk menghadiri satu majlis di pejabat mereka di Manhattan. Para pegawai telah meraikan usaha mereka itu sebagai sebuah organisasi yang memberi kuasa kepada wanita muda apabila negara itu ditakbir oleh seorang presiden yang bongkak terhadap kaum wanita.

    “Anda semua perlu tahu tentang bagaimana kehebatan seorang presiden. Mereka akan membuat presiden lebih baik daripada yang ada masa ini,” kata ahli majlis Queen, Jimmy Van Bramer yang disambut dengan tepukan dan sorokan.

    Walaupun terdapat beberapa pasukan itu masih belum memperolehi tempat perlindungan namun pelan tindakan ini berusaha untuk mewujudkan pasukan pengakap ini dengan niat untuk mengembangkan lagi pusat penempatan di tempat lain.

    Organisasi ini cuba mencari sumbangan untuk mengembangkan lagi rangkaian mereka dan menutup yuran kemasukan sebanyak AS$25 dikecualikan bagi setiap gadis yang telah kehilangan tempat tinggal.

    Meridith Maskara, ketua pegawai operasi pengakap ‘Girl of Greater New York’ berkata bahawa pasukan itu berusaha untuk hidup dan berubah. “Saya rasa kanak-kanak perempuan ini cuba mendengar mesej yang berbeza dari segi sosial dan pekerjaan malah cuba meningkatkan suara mereka didengar,” tambah Meridith lagi kepada wartawan AFP.

    “Ia satu perkara yang menyeronokkan dan kami dapat melihat kawan-kawan kami,” kata seorang budak yang berusia 10 tahun, Jessica Seaman yang bercita-cita ingin menjadi bomba wanita apabila dewasa nanti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda