Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krisis politik berlarutan di Itali

    ROM, 28 Mei – Itali bakal melancarkan pilihan raya baharu ketika negara itu diselubungi dengan huru-hara politik selepas tawaran oleh dua parti populis untuk membentuk kerajaan tidak berjaya.

    Krisis itu meningkat apabila, Presiden Sergio Mattarella memveto pelantikan Paolo Savona yang anti-perkembangan Eropah sebagai menteri kewangan, membangkitkan kemarahan Liga berhaluan kanan dan membawa parti anti penubuhan Five Star Movement untuk pemecatannya.

    Keputusan itu menyebabkan perdana menteri terpilih, Giuseppe Conte meletak jawatan, memburukkan lagi gejolak politik hampir tiga bulan selepas pilihan raya umum Mac lalu yang tidak dapat diselesaikan.

    Mattarella berkata dia telah menerima setiap menteri yang dicadangkan kecuali Savona, yang telah memanggil Eropah sebagai ‘sangkar Jerman’ dan mengatakan bahawa Itali memerlukan rancangan untuk meninggalkan mata wang tunggal ‘jika perlu’.

    Matteo Salvini dari parti Liga Matteo Salvini berhaluan kiri dan Luigi Di Maio dari parti anti penubuhan Five Star Movement, dengan marah mengutuk kuasa veto itu, menguraikan apa yang mereka panggil sebagai campur tangan Jerman, agensi penarafan hutang dan lobi kewangan.

    Sementara itu, hari ini, Mattarella memilih Carlo Cottarelli, seorang ahli ekonomi yang sebelum ini bertugas bagi Tabung Kewangan Antarabangsa, supaya membentuk kerajaan sementara untuk membawa Itali ke pilihan raya baharu.

    Kekecohan itu juga menyebabkan saham Itali jatuh sebanyak dua peratus pada satu peringkat dan hasil bon melonjak.

    Cottarelli berkata, sekiranya kerajaan teknokratnya memenangi kelulusan parlimen, ia akan kekal di tempat itu sehingga pilihan raya pada awal tahun 2019.

    “Saya akan datang ke parlimen dengan program, jika saya menang undi keyakinan, akan memasukkan pilihan raya pada anggaran bajet tahun 2019. Kemudian parlimen akan dibubarkan, dengan pemilihan pada awal tahun 2019,” katanya.

    Tetapi jika parlimen gagal meluluskan kerajaannya, pilihan raya baharu akan diadakan ‘selepas Ogos’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda