Friday, February 3, 2023
23.7 C
Brunei

-

Krisis sampah di Lviv, Ukraine berlarutan

LVIV, Ukraine – Bandar barat Ukraine di Lviv terkenal dengan kad-kad poskad-bergambar kubah yang menakjubkan dan jalan-jalannya yang menarik perhatian, tetapi ianya tidaklah begitu menarik apabila kita menjalani lorong-lorong di sekitar bandar tersebut, yang mana dikotori dengan timbunan sampah yang menggunung.

Sisa sampah tidak diambil atau dialihkan dari beberapa kawasan kejiranan bandar yang mempunyai 700,000 orang penduduk sejak bulan Mei lalu, dengan bau busuk telah menakutkan para pelancong dan serangan tikus mengancam kesihatan awam.

Deretan timbunan sampah telah berlaku akibat kebuntuan politik yang jelas antara kerajaan Ukraine dan pihak berkuasa bandar itu.

Kiev menuduh Datuk Bandar Lviv gagal menangani pengurusan sisa sampah tetapi Datuk Bandar menyalahkan krisis itu pada ‘sekatan sampah’.

Bulan lalu, penduduk tempatan mengambil tindakan dengan usaha mereka sendiri, menyekat jalan-jalan di bandar itu dengan mengadakan tunjuk perasaan dan membantah mengenai keadaan itu, dan ada juga yang membakar timbunan sampah tersebut.

Penduduk Lviv Mariya Sydorovych, 58, memberitahu AFP bahawa walaupun kehangatan musim panas melebihi 30 darjah Celcius (86 darjah Fahrenheit), beliau tidak berani untuk membuka tingkap.

“Ia hanya bau yang tidak menyenangkan. Beberapa timbunan sampah ada yang telah sampai ke tingkat dua,” katanya.

Andriy Sadovyi bercakap kepada wartawan AFP di Lviv. – AFP
Andriy Sadovyi bercakap kepada wartawan AFP di Lviv. – AFP
Longgokan sampah di bandar barat Ukraine, Lviv. – AFP
Longgokan sampah di bandar barat Ukraine, Lviv. – AFP

“Kami mempunyai tong sampah berhampiran taman permainan. Kanak-kanak tidak bermain di sana selama berminggu-minggu, oleh kerana tidak tahan dengan bau tersebut.”

Para doktor juga berkongsi kebimbangan mereka terhadap penduduk di sana mengenai kemungkinan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh penduduk bandar tersebut.

“Keadaan sedemikian boleh mengakibatkan jangkitan usus yang kerap dan berpanjangan. Di bawah keadaan sedemikian, jumlah tikus yang membawa penyakit merbahaya mungkin meningkat.”

Walaupun kebanyakan penduduk tempatan menuduh pihak berkuasa bandar menyebabkan krisis itu, Datuk Bandar Lviv Andriy Sadovyi memberitahu AFP bahawa ia adalah mustahil untuk memindahkan sampah itu keluar dari bandar itu oleh kerana ‘sekatan sampah’.

Beliau berkata masalah itu bermula pada bulan Mei 2016 apabila tapak pelupusan utama sisa Lviv terbakar dan empat anggota bomba maut, menyebabkan pihak berkuasa negeri menutup tapak tersebut.

“Sejak dari itu kami mempunyai masalah di mana untuk menggerakkan 600 tan sampah setiap hari,” kata Sadovyi, 48 tahun.

“Dengan 5,500 tempat pembuangan sampah di Ukraine, saya berfikir bahawa kami akan dapat menyelesaikan masalah ini tetapi semua tapak pelupusan ini mula menghampiri bandar saya satu demi satu.”

Datuk bandar yang dihalau itu terus menuduh kerajaan telah memberi tekanan terhadap pemilik tanah di seluruh negara itu, tidak menerima sebarang penolakan dari Lviv untuk mendiskreditkannya, bukan hanya sebagai datuk bandar, bahkan juga sebagai pemimpin parti politik Samopomich.

Seorang lelaki berjalan melintasi papan iklan dengan berbunyi ‘Poroshenko, Groysman, hentikan sekatan sampah Lviv’ di bandar barat Ukraine, Lviv semasa satu protes dijalankan. – AFP
Seorang lelaki berjalan melintasi papan iklan dengan berbunyi ‘Poroshenko, Groysman, hentikan sekatan sampah Lviv’ di bandar barat Ukraine, Lviv semasa satu protes dijalankan. – AFP
Orang ramai menghalang jalan-jalan di jalan bandar barat Ukraine, Lviv semasa satu protes dijalankan. – AFP
Orang ramai menghalang jalan-jalan di jalan bandar barat Ukraine, Lviv semasa satu protes dijalankan. – AFP

Sadovyi pernah menjadi sekutu Presiden Ukraine Petro Poroshenko tetapi Samopomich meninggalkan blok gabungan pemerintah pada tahun lalu, menyertai pembangkang.

“Alasan (sekatan ini) ialah kami menghalang pihak berkuasa daripada merealisasikan rancangannya yang tidak demokratik,” kata Sadovyi.

“Ini adalah isu politik yang lebih daripada ekonomi,” kata Vadym Karasyov kepada AFP, ketua Institut Global Strategies di Kiev.

“Jika Sadovyi tidak berpura-pura menjadi seorang ahli politik dari segi skala kebangsaan, masalah itu akan dapat diselesaikan dengan lebih pantas.”

“Jika kita tidak memastikan pembuangan sampah Lviv pada masa ini, kita boleh menghadapi bahaya kesihatan kepada penduduk Lviv,” kata Volodymyr Zub kepada AFP, ketua jabatan kesihatan majlis bandaraya.

Dengan Sadovyi dan pihak berkuasa pusat terkunci dalam sebuah peperangan mulut, kerajaan Kiev telah menolak tuntutan sekatan, mengatakan bahawa dewan bandar Lviv adalah akar daripada dilema isu sisa sampah ini.

Konflik itu kini mencapai ke tahap yang serius apabila tiga ahli undang-undang dari parti Sadovyi melakukan mogok lapar selama enam hari untuk memberikan tekanan kepada Kiev untuk menyelesaikan masalah itu.

Itu mendorong Perdana Menteri Volodymyr Groysman untuk menggesa pihak berkuasa perbandaran negara itu untuk membantu bandar kawasan barat itu dengan menerima sampah-sarap bandar tersebut di tapak pelupusan mereka.

Groysman berkata kerajaan bersedia untuk memperuntukkan 50 juta hryvnias (AS$1.9 juta, 1.7 juta euro) untuk pembinaan tapak pelupusan baru di rantau Lviv. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -