Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Krisis tenaga, Sri Lanka padam lampu jalan

    COLOMBO, 7 MAC – Menteri Kewangan Sri Lanka, Basil Rajapaksa mengumumkan hari ini bahawa negara itu akan menutup suis lampu jalanan sehingga 31 Mac ini dalam usaha menjimatkan elektrik di tengah-tengah krisis tenaga akibat kekurangan bekalan minyak.

    Rajapaksa mengatakan loji diesel perlu digunakan untuk menjana kuasa ketika penjana hidrokuasa terjejas teruk akibat kemarau berpanjangan di negara itu. Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak dalam masa beberapa minggu kebelakangan kerana kurangnya pertukaran wang asing, mengakibatkan krisis kuasa yang menyaksikan terjejasnya bekalan minyak ke loji-loji elektrik.

    Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa pada hujung minggu menjelaskan kekurangan bekalan sedang ditangani dan krisis tenaga akan diselesaikan tidak lama lagi.

    Pada masa ini, sebahagian wilayah di Sri Lanka berdepan gangguan bekalan kuasa sehari. – Xinhua

    Orang ramai mengambil bahagian dalam bantahan sambil memegang lilin terhadap gangguan bekalan kuasa di Colombo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...