Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Krisis Ukraine cetus kebimbangan ICC

    THE HAGUE, 25 FEB – Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan berkata hari ini bahawa beliau semakin bimbang dengan perkembangan di Ukraine selepas Rusia melancarkan serangan besar-besaran.

    “Saya telah mengikuti dengan teliti perkembangan terkini di dalam dan sekitar Ukraine dengan kebimbangan yang semakin meningkat,” kata Khan dalam satu kenyataan.

    Perkara itu adalah penting bahawa semua pihak dalam konflik menghormati kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, tambahnya.

    Beliau memberi amaran kepada kedua-dua pihak bahawa ICC boleh “menjalankan bidang kuasanya dan menyiasat sebarang tindakan pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan atau jenayah perang yang dilakukan di dalam wilayah Ukraine sejak 20 Februari 2014”.

    Khan berkata sesiapa sahaja “mengarah, menghasut atau menyumbang dengan cara lain untuk melakukan” jenayah sedemikian boleh didakwa di The Hague.

    Tambahnya ICC telah menerima banyak pertanyaan jenayah pencerobohan tetapi tidak boleh menggunakan bidang kuasa ke atas dakwaan jenayah tersebut dalam situasi berkenaan kerana Rusia mahupun Ukraine tidak menandatangani dasar Statut Rom, ICC. – AFP

    Orang awam berlindung di kereta api bawah tanah Kyiv bagi mengelak perang. ICC yang semakin bimbang dengan situasi di Ukraine, mengingatkan pihak berperang mengenai kewajiban undang-undang kemanusiaan antarabangsa. -AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...