Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krispy Kreme bakal bertapak di Myanmar

    KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Kedai Krispy Kreme yang pertama di Myanmar bakal membuka pintunya pada September ini, menjadikannya jenama sajian manisan barat pertama memasuki negara itu.

    Krispy Kreme Doughnut Corp, dalam satu kenyataan berkata syarikat merancang untuk membuka kira-kira 10 kedai melalui francais di Myanmar dalam masa terdekat.

    Krispy Kreme Doughnut Corporation adalah peruncit global bagi sajian manisan berkualiti premium, termasuk produk donat ‘Original Glazed’nya yang terkenal dan unik.

    Beribu pejabat di Winston-Salem, North Carolina, syarikat itu telah menawarkan donat berkualiti tinggi dan kopi yang hebat rasanya sejak diwujudkan pada 1937.

    Donat Krispy Kreme boleh didapati di kira-kira 12,000 kedai runcit dan kedai serbaneka di Amerika Syarikat serta mempunyai hampir 1,400 kedai di 32 negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda