Kristen rasa seram bawa watak Diana

Membawa watak sebagai Puteri Diana, pelakon Hollywood Kristen Stewart akui alami perkara mistik ketika menjalani penggambaran filem Spencer.

Memetik laporan E! News, Kristen mengalami perasaan menyeramkan ketika membawa watak Puteri Diana yang mengalami tekanan emosi dalam hidupnya.

“Saya merasa ada momen-momen di mana saya seperti mendapat petanda. Ngeri rasanya menceritakan kisah seseorang yang sudah tiada dan saya merasa seperti ada yang menyusup masuk tubuh saya,” katanya.

Kristen juga akui kadang-kala merasa Puteri Diana yang merupakan isteri kepada Putera Charles seperti masih hidup. – Agensi

Kristen Stewart akui alami perkara mistik ketika menjalani penggambaran filem Spencer. – Agensi