Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Kristen Stewart peminat filem Bollywood

-

Mengagumi bakat dan ketampanan Hrithik Roshan, pelakon Kristen Stewart berharap diberi peluang bergandingan dengan aktor terkenal Bollywood itu.

Menurut laporan Hindustan Times, Kristen berkata dia sudah bersedia dan terbuka menerima sebarang tawaran bekerjasama dengan Hrithik.

“Jika ada yang menawarkan tawaran yang bagus, ya saya mahu bekerja untuk filem Bollywood dan saya sangat senang dapat bekerja dengan seseorang seperti Hrithik Roshan.

“Dia seorang pelakon yang hebat dan penampilannya memukau. Hrithik seorang jejaka yang sempurna… kalau saya ada anak lelaki, saya mahu anak saya mirip sepertinya,” katanya dalam satu temubual baru-baru ini.

Sementara itu, Hrithik pula menghargai pujian yang diberikan dan bersedia untuk bergandingan bersama aktres berusia 31 tahun itu.

“Ketika saya mendengar pujian ini, saya baru sahaja melalui hari yang cukup stres, apabila dengar dia puji terus kembalikan mood saya dan jadi lebih bersemangat.

“Ini satu pujian tertinggi daripada seorang bintang dunia dan saya sangat hargai,” jawab Hrithik. – Agensi

Kristen Stewart berkata dia sudah bersedia dan terbuka menerima sebarang tawaran bekerjasama dengan Hrithik Roshan. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -