Wednesday, November 30, 2022
29.4 C
Brunei

-

KRS anjur Piala Ragbi Wanita

PETALING JAYA, 12 OKT – Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) akan menganjurkan Piala Ragbi Wanita Adun Kampung Tunku buat julung kalinya bagi menyediakan platform terbaik buat pemain wanita yang ketandusan penganjuran kejohanan ragbi dalam negara.

Setiausaha Kehormat KRS, Tan Thiam Jin berkata penganjuran itu mempertaruhkan dua kategori dipertandingkan iaitu Wanita Terbuka 10 sepasukan (10s) dan Wanita Bawah 16 tahun 7 sepasukan (7s) yang akan berlangsung Sabtu dan Ahad ini di Padang Astaka, Petaling Jaya. 

Beliau turut memaklumkan kejohanan yang mengikut format ‘round robin’ itu menyaksikan sebanyak 13 pasukan terlibat, dengan enam pasukan akan merebut kejuaraan bagi kategori Wanita Terbuka 10s dan baki tujuh pasukan berentap untuk kategori Wanita Bawah 16 tahun 7s. 

“Penyertaan bagi kategori Wanita Terbuka 10s rata-rata dibarisi oleh kelab tempatan dari sekitar Lembah Klang dan sebuah pasukan dari Singapura turut hadir memberi cabaran. 

“Bagi kategori Wanita Bawah 16 tahun 7s pula disertai oleh pasukan sekolah menengah di sekitar negeri Selangor,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kejohanan itu di sini, hari ini. – Bernama

Aksi perlawanan peringkat akhir sukan ragbi wanita di antara pasukan Selangor (jersi merah) menentang pasukan Kedah (jersi hijau) pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang berlangsung di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam bulan lepas. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -