KRT, SRS perlu digerakkan secara optimum

SANDAKAN, 11 Sept – Jawatankuasa  Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu digerakkan secara optimum untuk memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum dan keselamatan awam, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Stephen Wong Tien Fatt.

Beliau berkata ???????aspek perpaduan rakyat dan keselamatan awam menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat dan ini dapat dilaksanakan menerusi pelbagai program komuniti.

“Hal ini penting agar rakyat dapat memperolehi maklumat yang berguna mengenai fungsi dan peranan rukun tetangga serta apakah peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat di kawasan rukun tetangga dalam menjaga keselamatan.

“Program komuniti yang melibatkan semua kaum dan agama…. (dapat memperkukuhkan lagi) semangat kejiranan dan saling mengawasi keselamatan,” katanya ???????ketika merasmikan Program Kempen Jalur Gemilang bersempena sambutan Minggu Perpaduan Peringkat KRT Daerah Sandakan di Program Perumahan Rakyat Taman Murni di sini, hari ini.

Stephen yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata keamanan negara yang dikecapi harus disyukuri dan dipertahankan demi generasi akan datang. – Bernama