Kru angkasa selamat berlepas ke ISS

ALMATY, KAZAKHSTAN, 9 APRIL – Tiga kru berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa hari ini, meninggalkan bumi yang ditakluki oleh pandemik koronavirus.

Anatoly Ivanishin dan Ivan Vagner dari agensi ruang angkasa Roscosmos Rusia dan Chris Cassidy dari NASA berlepas pada jam 8:05 GMT dari Kosmodrom Baikonur Rusia di Kazakhstan, di mana COVID-19 telah mengakibatkan perubahan pada protokol pra-pelancaran.

Kru-kru memberitahu kawalan lapangan yang mereka ‘berasa baik-baik saja’ sebelum mereka berjaya memasuki orbit, lapor TV NASA. Mereka dijangka akan berlabuh di ISS pada jam 14:15 GMT.

Di bawah situasi biasa, kru berlepas akan berdepan beberapa soalan daripada sidang media sebelum melambai ahli keluarga dan rakan-rakan.

Namun kehadiran mereka sama sekali tidak ada kali ini disebabkan penyekatan perjalanan yang dikenakan sebab virus itu, walaupun kru ada membalas pada soalan yang dijawab daripada wartawan pada sidang media kelmarin.

Cassidy, 50, mengakui kru juga terjejas apabila keluarga mereka tidak dapat bersama di Baikonur bagi menyaksikan pelepasan mereka ke ISS.

“Namun kami faham yang seluruh dunia juga terkesan dengan krisis sama,” kata Cassidy. – AFP

Angkasawan NASA, Chris Cassidy dan kosmonaut Rusia, Anatoly Ivanishin serta Ivan Vagner berjalan menuju ke kapal angkasa lepas Soyuz MS-16 menjelang pelepasan mereka ke ISS, di Kazakhstan. – AFP