Kru atendan diserang penumpang

NEW YORK, 28 OKT – Pesawat American Airlines dari New York ke California telah berubah haluan ke Denver selepas seorang penumpang menyerang seorang atendan penerbangan, kata pihak berkuasa.

Pesawat 976 menuju dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy ke Lapangan Terbangan John Wayne di Santa Ana ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Denver.

Penumpang itu telah dikeluarkan, kata penerbangan itu, manakala penerbangan itu terus menuju ke California. Kru berkenaan dilaporkan telah dibawa ke hospital namun keadaannya tidak dimaklumkan.

Mackenzie Rose, seorang penumpang dalam pesawat tersebut memberitahu CBS Los Angeles yang kru perempuan berkenan telah ditumbuk oleh penyerang lelaki dua kali di wajahnya semasa dalam penerbangan di Ohio. – AP