Kru catat rekod terpantas tiba di ISS

ALMATY, KAZAKHSTAN, 14 OKT – Tiga kru selamat tiba di Stesen Ruang Angkasa Antarabangsa (ISS) hari ini dengan menaiki roket Rusia dalam perjalanan paling pantas dari Bumi kira-kira tiga jam.

Misi dalam pesawat angkasa Soyuz itu membawa dua kosmonaut Rusia dan seorang angkasawan NASA merupakan detik penting kepada agensi angkasa Rusia, Roscosmos, ketika program SpaceX melancarkan semula penerbangan angkasa dikawal manusia dari Amerika Syarikat dan mencetuskan rundingan baharu persaingan angkasa antara dua negara.

Roscosmos berkata ‘rekod baharu bagi penerbangan ke ISS itu ditetapkan – pada jumlah masa dari pelancaran hingga berlabuh di Soyuz MS-17 adalah tiga jam dan tiga minit’.
Roscosmos berkhidmat menghantar angkasawan AS ke ISS sejak kapal angkasa ‘bersara’ pada 2011. – AFP

Kate Rubins (tengah), Sergey Ryzhikov dan Sergey Kud-Sverchkov (atas) sebelum memasuki Soyuz MS-17 bagi perjalanan ke ISS, pada 14 Oktober. – AP