Kru kapal Carnival Australia disiasat

SYDNEY, 5 APRIL – Polis Australia hari ini melancarkan siasatan jenayah selepas ribuan penumpang dibenarkan turun dari kapal persiaran di mana beberapa penumpangnya didapati positif COVID-19 dan 10 hari kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Kerajaan pada bulan lepas membenarkan 2,700 penumpang meninggalkan Carnival Australia yang dimiliki Ruby Princess dan pulang ke rumah mereka di seluruh negara – meskipun larangan meninggalkan kapal persiaran di Australia diumumkan beberapa hari sebelum itu.

Pesuruhjaya Polis New South Wales, Mick Fuller, berkata hari ini, operator kapal akan disiasat atas dakwaan ‘percanggahan’ antara maklumat yang diberikan kepada pihak berkuasa dan keperluan undang-undang. – AFP