Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kru penerbangan ISS kembali ke Bumi

    WASHINGTON, 25 APRIL – Anak kapal angkasa persendirian yang pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) meninggalkan makmal, mengorbit untuk kembali ke Bumi, hari ini.

    Tiga ahli perniagaan dan seorang bekas angkasawan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) menghabiskan lebih dua minggu di stesen itu dalam misi mencipta sejarah yang dianjurkan syarikat persendirian, Axiom Space.

    Kapsul SpaceX berlepas dari ISS pada jam 9:10 petang waktu tempatan untuk perjalanan pulang dan dijadualkan mendarat di lautan di luar pantai Florida pada sekitar jam 1:00 petang waktu tempatan.

    Empat lelaki itu – tiga daripadanya membayar puluhan juta dolar untuk berada di ISS – satu peluang yang jarang berlaku, mengambil bahagian dalam misi itu yang pada asalnya dijadualkan menghabiskan masa lapan hari di stesen angkasa.

    Namun, cuaca buruk di Bumi menyebabkan misi kembali ke Bumi bagi membawa mereka pulang terpaksa ditangguhkan.

    Penumpang pesawat persendirian itu adalah warga AS yang mengetuai syarikat hartanah, dikenali sebagai Larry Connor; ahli perniagaan Kanada, Mark Pathy dan bekas juruterbang pejuang dan usahawan, Israel Eytan Stibbe, berlepas dari Florida pada 8 April lalu dan sampai ke ISS sehari kemudian.

    Bekas angkasawan, Michael Lopez-Alegria, yang memegang dua kewarganegaraan AS-Sepanyol, adalah penumpang keempat.

    Menurut blog NASA, sebaik saja berada dalam kapal angkasa itu, kesemua rombongan lelaki itu menjalani ujian yang dijalankan dengan kerjasama pusat penyelidikan Bumi, termasuk kesihatan jantung dan prestasi kognitif dalam graviti rendah.

    Misi itu digelar Ax-1 sempena nama syarikat Axiom Space, yang bertindak sebagai agensi pelancongan angkasa, yang membayar SpaceX untuk menyediakan pengangkutan dua hala dan NASA yang menyediakan penggunaan penginapan di orbit. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...