Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kru Shenzhou-14 dalam keadaan sihat

    BEIJING, 27 JUN – Tiga angkasawan Shenzhou-14 yang memasuki modul teras Tianhe di stesen angkasa China pada 5 Jun lalu dilaporkan berada dalam keadaan baik.

    Mereka akan berada di sana selama lebih 20 hari.

    Setakat ini, angkasawan terbabit sudah berjaya menyelesaikan pemindahan dan penyusunan bahan, menyiapkan kawasan persekitaran kediaman, serta selesai memasang serta memastikan peralatan di dalam kabin berfungsi.

    Menurut laporan terkini, angkasawan Shenzhou-14 juga berjaya menyesuaikan diri dengan ‘rumah angkasa lepas’ dalam persekitaran mikrograviti dengan kadar segera sejurus memasuki modul teras.

    Mengikut kiraan, setiap angkasawan memerlukan dua kilogram air minum sehari, dan stesen angkasa itu boleh menjamin permintaan air minum harian angkasawan melalui kitar semula sumber air.

    Selain itu, alat pembahagi air minum yang dipasang membolehkan angkasawan minum air suam pada suhu 45°Celsius.

    Memandangkan air yang disimpan di stesen angkasa tidak mengalir, angkasawan juga perlu menyelesaikan pengesanan mikroorganisma secara berkala terhadap sampel air untuk memastikan keselamatan air minum terjamin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...