Krystal tinggalkan SM Entertainment

Pada 18 Ogos, Ilgan Sports mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa ahli kumpulan f(x), Krystal meninggalkan SM Entertainment dan sedia memulakan bab hidupnya di di tempat baharu.

Menurut laporan itu, Krystal telah bertemu dengan beberapa syarikat pengurusan pelakon terkenal, yang mana banyak menghubunginya setelah mendengar bahawa dia menjadi ejen bebas. Dikatakan semasa dia mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi ini, dia belum membincangkan kontrak terperinci dengan mana-mana agensi. Dia dilaporkan mencari agensi yang sama-sama akan menyokongnya sebagai pelakon dan mengikuti rancangannya untuk mengeluarkan muzik.

SM Entertainment menyatakan, “Kontrak eksklusif kami dengan Krystal akan berakhir pada akhir bulan Ogos. Kami akan terus mengadakan perbincangan dengan Krystal mengenai pembaharuan kontrak. “

Ahli kumpulan f(x) Amber dan Luna meninggalkan SM Entertainment tahun lalu setelah tamat kontrak mereka. – Agensi

Ahli kumpulan f (x), Krystal meninggalkan SM Entertainment dan bersedia memulakan hidup di tempat baharu.
– Agensi