Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KSPB hulur sumbangan

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Seramai 14 orang anak yatim dan 62 orang warga emas telah menerima sumbangan daripada Koperasi Serba Guna Persatuan Buhur Kampung Jerudong Berhad (KSPB) pada majlis yang berlangsung di Sekolah Rendah Jerudong, di sini, hari ini.

    Majlis yang diselajurkan dengan bacaan Tahlil itu dihadiri oleh Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji Tahir selaku tetamu kehormat majlis.

    Sumbangan seumpamanya diharap dapat menggembirakan para penerima bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Para penerima bukan sahaja dalam kalangan ahli KSPB, tetapi juga kalangan penduduk kampung sekitar.

    KSPB ditubuhkan pada tahun 1994 dan kini mempunyai 364 orang ahli. Selain sumbangan menjelang Hari Raya Aidilfitri, KSPB juga tidak ketinggalan melaksanakan kerja-kerja amal yang bertujuan membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan.

    Antara warga emas menerima sumbangan daripada KPSB, Kampung Jerudong – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda