Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    KSSUP anjur kempen derma darah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Seramai 65 orang daripada 75 orang yang mendaftar, telah berjaya menderma darah semasa kempen derma darah anjuran Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama Pusat Penderma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di Pusat Belia Tutong, hari ini.

    Para penderma yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kementerian, pihak swasta dan penduduk sekitar Daerah Tutong tampil semasa kempen bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari itu.

    Kempen derma darah berkenaan diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38.

    Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada penderma membantu meningkatkan tabung simpanan darah di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, di samping sebagai salah satu usaha bersama dalam melibatkan penyertaan warga kerja dan stakeholder di bawah KSSUP.

    Usaha seperti ini juga menyahut seruan kerajaan dalam Whole of Nation Approach, dan sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

    Sepanjang kempen derma darah ini berlangsung, hanya mereka yang mempunyai kod berwarna hijau dan bervaksinasi penuh sahaja yang dibolehkan untuk menderma darah.

    Selain itu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka, mensanitasi tangan, mengimbas kod QR BruHealth dan mengamalkan penjarakan sosial setiap masa turut diterapkan.

    Seramai 65 orang daripada 75 orang yang mendaftar telah berjaya mendermakan darah semasa kempen tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...