Ku Hye Sun gembira berjaya turun berat badan

Pelakon Ku Hye Sun berkongsi berita gembira apabila dia berjaya mencapai berat badan idaman baru-baru ini.

Ku Hye Sun memberitahu berat badannya berjaya diturunkan sebanyak 11 kilogram.

“Akhirnya berjaya mencapai angka 46kg,” tulisnya.

Rata-rata pengikut memuji usaha kerasnya mengikuti pelbagai program diet dan rutin harian sehingga berjaya memiliki berat idaman.

“Akhirnya usaha keras awak berjaya. Jaga kesihatan dan awak selalu cantik, jangan peduli kata orang.

“Wah! Awak sangat langsing sekarang, cukuplah tu jangan kurus sangat,” tulis peminat.

Selain komen positif, ada juga warganet meluahkan rasa simpati kepada bekas suaminya Ahn Jae Hyun yang hilang selepas berakhirnya tayangan drama People With Flaws. – Agensi

Ramai peminat memuji usaha keras Ku Hye Sun sehingga berjaya memiliki berat idaman. – Agensi