Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kualiti England terserlah

    DOHA, 21 NOV – Bukayo Saka berkata England memberikan mesej jelas apa yang mampu mereka capai dalam Piala Dunia selepas menewaskan Iran 6-2 dalam kempen yang penuh gaya.

    Penyerang Arsenal itu menjaringkan dua gol dalam kemunculan pertamanya untuk aksi Piala Dunia bersama Jude Bellingham, Raheem Sterling, Marcus Rashford dan Jack Grealish yang menjaringkan gol untuk skuad kendalian Gareth Southgate.

    “Kami perlukan permulaan yang baik. Terdapat banyak kata-kata dan spekulasi berkenaan tahap kecergasan kami, tetapi hari ini kami buktikan kepada semua kualiti yang kami ada dan apa yang mampu kami buat,” Saka berkata kepada BBC.

    “Ia sungguh menakjubkan untuk menang di bawah begitu banyak tekanan. Tetapi kami harus menjadi konsisten kerana kami mempunyai perlawanan seterusnya yang akan datang beberapa hari lagi dan kami perlu menang lagi.”

    Saka gagal menyempurnakan penalti penentuan semasa England kalah dalam aksi final Euro 2020 menentang Itali 16 bulan lalu.

    Namun dia telah bangkit kembali dengan penuh gaya pada peringkat kelab untuk membantu Arsenal berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dan membenarkan percaturan Southgate untuk meletakkan dia di hadapan pemain Manchester City, Phil Foden. – AFP

    Aksi Bukayo Saka (tengah) menjaringkan gol semasa perlawanan antara England dan Iran di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...