Kualiti udara Singapura positif

SINGAPURA, 20 SEPT – Tahap kualiti udara di Singapura hari ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan tatkala asap yang dibawa dari Indonesia semakin berkurangan, sekali gus mengurangkan kebimbangan Singapura bagi perlumbaan Formula Satu daripada ditunda.

Kebakaran hutan di Indonesia telah membawa asap bertoksik ke seluruh negara jirannya, Singapura dan Malaysia dengan Jakarta sedang giat berusaha memadamkan kebakaran dengan mengarahkan beribu-ribu anggotanya untuk menangani kebakaran daripada terus merebak.

Kebakaran yang dicetuskan oleh Indonesia sering kali berlaku terutama sekali ketika musim kering, apabila petani menggunakan teknik pembakaran untuk melapangkan tanah bagi tujuan pertanian, tetapi kejadian tahun ini adalah yang paling teruk sejak 2015.

Asap tebal telah pun menyebar ke seluruh Singapura sejak minggu lalu, mengakibatkan kualiti udara berada di tahap yang tidak sihat, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai penundaan perlumbaan Formula Satu.

Tetapi hari ini, udara dilihat semakin baik dan asap semakin berkurangan di bandar itu, manakala kualiti udara pula berada di tahap yang baik dengan bacaan 60 daripada skala Agensi Alam Sekitar Kebangsaan.

Bacaan antara 101 dan 200 adalah berada di tahap yang tidak sihat. – AFP